PAKEJ UMRAH PILIHAN 2010

PAKEJ UMRAH PILIHAN SAYA 2010
13 HARI /10 MALAM PENERBANGAN GULF AIRLINES

HARI 1 KUALA LUMPUR – BAHRAIN
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Bahrain, setibanya disana, peserta akan dibawa ke hotel penginapan dengan urusan pihak Gulf Air, check in, jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri, makan malam dan bermalam di Bahrain.

HARI 2 BAHRAIN – JEDDAH – MEDINAH
Selepas sarapan, bertolak ke airport Bahrain untuk penerbangan ke Jeddah. Tiba di Jeddah, jemaah akan disambut oleh wakil kami disana, rehat sebentar sebelum menyambung perjalalanan menuju ke kota Medinah Al Munawarah. Tiba di Medinah, check in ke hotel, bebas melakukan ibadah di Masjid Al Nabawi.

HARI 3 MEDINAH
Selepas sarapan, jemaah akan dibawa oleh mutawwif kami untuk ziarah dalam di sekitar Masjid Al Nabawi. Antaranya ke Makam Rasulullah SAW, Raudhah,dan ke Perkuburan Baqi, jemaah akan diberikan penerangan lengkap berkenaan tempat tempat penting ini oleh mutawwif kami disana. Selesai ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi, peserta amat digalakkan agar memperbanyakkan menziarahi makam Rasulullah SAW dan ke Raudhah.

HARI 4 ZIARAH KOTA MEDINAH
Selepas sarapan, jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat tempat bersejarah di kota Medinah, antaranya ke Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khomsah, Kilang Percetakan Al Quran, dan akhir sekali ke bazaar kurma. Selesai ziarah, bebas beribadah di Masjid Al Nabawi.

HARI 5 MEDINAH – MAKKAH
Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di kota Medinah, jemaah diminta melakukan ziarah wida di Makam Rasullullah SAW sebelum berangkat ke kota Makkah, Selepas solat zuhur, peserta diminta menukar kepada pakaian ihram untuk berniat ihram/umrah di Bir Ali. Jemaah akan dipastikan berniat ihram/umrah disini oleh mutawwif kami disana. Bertolak ke Makkah. Setibanya di Makkah, check ini ke hotel. Makan malam dan berehat sebentar sebelum jemaah dibawa untuk menunaikan umrah, jemaah akan dibantu oleh mutawwif kami yang berpengalaman untuk menyelesaikan kerja kerja umrah seperti tawaf, saie dan tahallul. Selesai umrah, jemaah kembali ke hotel. Berehat.

HARI 6/7 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.

HARI 8 ZIARAH MAKKAH
Selepas sarapan, hari ini jemaah akan dibawa untuk ziarah kota Makkah, antara tempat yang akan dilawati ialah Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan ke Jabal Nur. Bagi jemaah yang ingin melakukan umrah, bas akan singgah di Jaronah untuk berniat ihram/umrah, kembali ke Makkah, bagi jemaah yang berihram akan dibantu oleh mutawwif kami untuk menyelesaikan ibadah umrah.

HARI 9 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.

HARI 10 MAKKAH
Hari ini jemaah akan berpeluang untuk menyertai satu lagi lawatan tambahan di Makkah. Jemaah akan dibawa ke ladang unta untuk merasai keenakan susu unta dan sekiranya mendapat keizinan dari pihak muassasah, jemaah akan berpeluang melawat ke Muzium Makkah yang tersimpan pelbagai khazanah Masjidil Haram yang asal, antaranya Kelambu Kaabah dan pelbagai artifek di dalamnya. Bagi yang ingin mengulangi umrah, bas akan berhenti di Hudaibiah untuk berniat umrah/ihram.

HARI 11 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.

HARI 12-13 MAKKAH – JEDDAH – BAHRAIN – KUALA LUMPUR
Sebelum bertolak ke Jeddah, jemaah diwajibkan untuk melakukan tawaf wida di Baitullah, jemaah akan dibantu oleh mutawwif kami untuk menyempurnakan tawaf wida ini, jemaah kemudiannya akan bertolak ke Jeddah, tiba di Jeddah jemaah akan dibantu untuk urusan daftar masuk, bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Bahrain. Jemaah tiba di Kuala Lumpur pada masa yang ditetapkan, saya mendoakan jemaah memperolehi umrah mabrurar, InsyallahiTaala.

JADUAL PENERBANGAN

KUALA LUMPUR / BAHRAIN 1130/1405 GF281
BAHRAIN / JEDDAH 0955/1215 GF171
JEDDAH/BAHRAIN 1330/1540 GF172
BAHRAIN / KUALA LUMPUR 2025/0940 GF280

all right reserved by ketilang | Design by Aboy93 | Sponsored by Myskillmedia