About Us

PAKEJ-PAKEJ ‘KEMBARA BAJET’ 2011
‘Jauh Berjalan, Luas Pengalaman dan Jauh Pandangan’. Bumi ALLAH ini begitu luas untuk ditakluki dan dipelajari. Bagaimanapun, faktor kewangan antara sebab menghalang kita dari melihat keluar dari kepompong kehidupan seharian kita untuk menambah pengetahuan dengan mengamati dan mengalami kehidupan bangsa-bangsa lain di negara-negara lain. Dengan niat murni untuk membantu warga Malaysia melampaui halangan ini, MYSKILL MEDIA TRAVEL & TOUR MANAGEMENT telah merangka ‘PAKEJ-PAKEJ KEMBARA BAJET 2011’.
‘PEKEJ KEMBARA BAJET 2011’ yang dirangka oleh ‘MYSKILL MEDIA TRAVEL & TOUR MANAGEMENT’ merupakan pakej yang mampu disertai oleh semua golongan masyarakat dengan harga yang sangat berpatutan. Pakej-pakej ini masih kekal menitikberatkan faktor-faktor keselesaan penginapan dan jadual lawatan walaupun dengan harga lebih rendah. Usaha murni ini berjaya dihasilkan dengan menggunakan AIRASIA sebagai rakan niaga penerbangan, hotel-hotel 2 bintang dan ‘Ground Operator’ terpilih.
Tidak perlu di perkenalkan lagi, AIRASIA telah diperakui sebagai antara syarikat penerbangan ‘Tambang Murah’ terbaik dunia hari ini. MYSKILL MEDIA TRAVEL & TOUR MANAGEMENT bertindak sebagai pembantu anda untuk urusan tempahan tiket, tarikh dan waktu penerbangan yang sesuai juga khidmat tambahan AIRASIA seperti makanan sewaktu penerbangan dan urusan bagasi peserta. Berbekalkan pengalaman melancung hampir ke seluruh dunia, MYSKILL MEDIA TRAVEL & TOUR MANAGEMENT juga akan membantu dan memebrikan khidmat nasihat kepada peserta sepanjang perjalanan bersama kami. Peserta akan merasakan penerbangan ini hampir sama dengan penerbangan-penerbangan lain.
Penginapan yang dicadangkan oleh MYSKILL MEDIA TRAVEL & TOURS untuk PAKEJ-PAKEJ BAJET 2011 ini telah kami lawati dan periksa dengan teliti bagi menjamin keselesaan peserta. Walaupun bertaraf 2 bintang, hotel-hotel ini telah dikenalpasti memberikan khidmat setanding hotel 3 bintang di lokasi/destinasi yang sama. Kami pasti bahawa faktor-faktor keselesaan, kebersihan dan layanan telah diambil-kira oleh pengurusan hotel-hotel ini sebelum kami memilih mereka. Walaupun mungkin terdapat perbezaan yang amat minimal, kami berusaha agar peserta tidak akan merasainya.
‘GROUND OPERATOR’ yang kami pilih untuk menjayakan program ini merupakan syarikat-syarikat perlancungan yang mempunyai pengalaman di negara masing-masing. Kami telah berbincang dan memberikan pendapat serta matlamat kami menganjurkan program ini. Mereka bangga untuk bersama kami dan merealisasikan impian semua insan untuk melancung dan melihat keajaiban.
Belajar sehingga ke negara China dan BELAJAR SEPANJANG HAYAT. Bersama MYSKILL MEDIA TRAVEL AND TOUR, “NOW EVERYONE CAN ENJOY HOLIDAYS!”.
PAKEJ-PAKEJ TERSEDIA:
· BANDUNG 4H3M         RM888.00
· CIANGMAI 4H3M         RM1850.00
· HO CHI MINH  4H3M    RM1250.00
· UMRAH 14H12M          RM4850.00 (Mac 2011)

HUBUNGI:
· Muzafar          012 609 2422
· Azmar             019 384 5962

all right reserved by ketilang | Design by Aboy93 | Sponsored by Myskillmedia