MEDAN/LAKE TOBA [4H3M]



Hari 01 : SUBANG – MEDAN - PARAPAT (MT,MM)
Berkumpul di Terminal 3 Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang 2½ jam sebelum bertolak ke Medan. Berlepas ke Subang/Medan dengan FIREFLY - FY 6102   1010/1025. Setibanya di Polonia International Airport, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke restoren tempatan untuk makan tengahari. Seterusnya anda akan dibawa ke Parapat, Lake Toba melalui Permatang Siantar. Check-in hotel. Makan malam di hotel.


Hari 02 : PARAPAT – BRASTAGI (SP,MT,MM)

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menyusuri Tasek Toba ke Samosir Island dengan menaiki bot. Di sana anda akan dibawa melawat ke Perkampungan Tomok dan Ambarita yang unik. Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Brastagi. Di Permatang Purba, anda akan dibawa melihat rumah panjang Raja Batak Simalungun dan Air Terjun Sipiso Piso. Check-in hotel. Makan malam di hotel.

Hari 03 : BRASTAGI – MEDAN “Shopping Tour” (SP,MT,MM)

Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat ke Gunung Gundaling untuk menyaksikan keindahan 2 buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Sibayak & Sinabung dan Fruits Central Market, sebelum bertolak ke Medan. Setibanya di Medan, anda akan dibawa untuk “City Tour” termasuk lawatan ke Maimun Palace dan membeli-belah di Shopping Medan Mall, Pasar Ikan Lama, Factory Outlet dan Batik Shop. Pelbagai barangan serta pakaian dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Check in hotel. Makan tengahari dan malam di restoran tempatan.
 
Hari 04 : MEDAN – SUBANG (SP,MT)


Selepas sarapan, anda bebas dengan aktiviti sendiri. Makan tengahari di restoren tempatan sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk berangkat pulang ke Malaysia dengan FIREFLY Medan/Subang FY 3415 1450/1700. Tiba di Malaysia bersama kenangan manis melancong di Medan, Lake Toba.

all right reserved by ketilang | Design by Aboy93 | Sponsored by Myskillmedia