SAIGON, VIETNAM [4H3M]


Hari  Pertama (Jumaat)
Kuala Lumpur – Saigon  (MT/MM)
Berlepas dari  KLIA [KUL / SGN AK880 0725 0820]. Setibanya di Bandar Ho Chi Minh, pelancong akan  dibawa ke hotel. Dalam perjalanan, pelancong akan diberi keterangan  mengenai bandar Saigon atau kini dikenali sebagai Bandar Ho Chi Minh  iaitu sebuah bandar yang berusia lebih 300 tahun. Pelancong akan dibawa  singgah di Pejabat Pos Saigon yang mempunyai reka bentuk yang sangat  unik berasaskan reka bentuk ala bangunan lama di Perancis. Selepas makan tengahari di sebuah restoran tempatan pelancong akan dibawa pulang ke hotel untuk berehat dan solat. Aktiviti bebas sehingga waktu makan malam dimana para pelancong akan dibawa  menikmati makan malam di restoran tempatan.

Hari Kedua (Sabtu)
Terowong Chu Chi - Ben Thanh Shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pelancong akan dibawa terus  menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh.  Terowong tersebut sepanjang 210 km yang digunakan sebagai kubu semasa  perang Vietnam dahulu. Pelancong boleh menimba pengalaman menembak  menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Setelah  balik ke HCM city makan tengahari di restoran tempatan., Selepas itu ke  War museum. Pelbagai gambar-gambar kekejaman kesan dari peperangan  ditunjukkan disini. Sebelah petang membeli belah di Ben Than Market yang  mempunyai pelbagai barang-barang perhiasan yang diperbuat dari emas  hingga ke kayu-kayan.

Hari Ketiga (Ahad)
My Tho City - free shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa  melawat ke My Tho City. Pelancong akan dibawa menaiki sampan panjang  melalui denai-denai di Sungai Mekong dan melawat dusun buah-buahan.  Pelancong akan dijamu dengan buah-buahan mengikut musim ketika itu.  Minuman istimewa (teh dicampur madu) dihidangkan untuk menambah tenaga  dan menghilang dahaga. Sambil itu alunan muzik tradisional dimainkan  untuk memeriahkan suasana. Lawatan diteruskan dengan melawat ladang  ternakan lebah di Ben Tre Province dan makanan berasaskan kelapa. Makan  tengahari di Ho Chi Minh City. Sebelah petang membeli belah di Vi Anh  Boutique. Selepas itu kembali membeli belah di Ben Thanh market.

Hari Keempat (Isnin)
Saigon - Kuala Lumpur (SP)
                         Aturcara bebas sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur [SGN / KUL  AK885 1900 2150].


** Aturcara tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian keadaan di lokasi lawatan.


all right reserved by ketilang | Design by Aboy93 | Sponsored by Myskillmedia