MENGENALI CHIANGMAI & CHIANGRAI (4H3M)

CHIANGMAI/CHIANGRAI [4H3M]
(AIRASIA)
(29 Jan 2010 – 01 Feb 2010)

Hari 01 KUALA LUMPUR / CHIANG-MAI (MM)
Tiba di Chiangmai International Airport [AIRASIA AK762 LCCT – CNX 0720 0900], disambut oleh wakil kami dan terus di bawa ke hotel. Makan tengahari tidak disediakan. Di sebelah petang, pelancung akan dibawa melawat ke Zoo Chiangmai yang dikelilingi oleh bukit-bukau, kehijauan semula-jadi dan air terjun. Makan malam disediakan.

Hari 02 CHIANGMAI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan ke Elephant Safari. anda akan menyaksikan persembahan ”Elephant Show” dimana gajah yang terlatih bermain bola sepak, mengatur timbunan kayu dan pelbagai aksi lain. Anda juga boleh menaiki gajah, menaiki kereta lembu dan menaiki rakit buluh. Ianya pasti menjanjikan pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan. Makan tengahari di Elephant Camp. Petang, lawatan diteruskan ke Orchid Farm dan Royal Flora Garden. Selepas itu pelancong akan dibawa membeli-belah di Kilang Sutera Thai di San Kam Paeng, Kilang ”SA” Paper Umbrella di Borsang dan Gemstone Factory iaitu salah satu kilang batu permata yang terbesar di dunia. Jika berkesempatan, anda akan dibawa ke kilang barangan kulit. Makan malam di restoran muslim tempatan dan dibawa ke ”Night Bazaar” sakan membeli-belah.

Hari 03 CHIANGMAI – CHIANGRAI - CHIANGMAI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Chiang-rai, singgah ke Ban Pong Namron Hot Spring. Perjalanan diteruskan ke Golden Triangle sambil nikmati keindahan alam semulajadi melalui bukit bukau. Anda berpeluang melihat Myanmar dan Loas. Anda juga boleh merasai menyusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot. (perbelanjaan sendiri) Makan tengahari direstoran muslim tempatan. Lawatan diteruskan ke Mae Sai iaitu sempadan Myanmar dan anda berpeluang melawat Masjid Mae Sai di utara Thailand. Pulang semula ke Chiangmai, lewat petang. Makan malam di restoran muslim tempatan. Aturcara bebas disebelah malam.

Hari 04 CHIANG-MAI – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk berangkat pulang. [AIRASIA AK763 CNX – LCCT 0930 1305]

Harga : RM 1,388-00 (Dewasa/Twin Sharing)

Harga Termasuk : Tambang Penerbangan, penginapan di hotel 3 bintang, pengangkutan seperti dalam aturcara, makanan HALAL, bayaran masuk ke lokasi lawatan serta bayarn pemandu pelancong tempatan.
* Harga boleh berubah mengikut kesesuaian masa tempahan dan penerbangan.

*** Penempahan awal beserta bayaran 20 hari sebelum penerbangan.

all right reserved by ketilang | Design by Aboy93 | Sponsored by Myskillmedia